PETUNJUK-PETUNJUK TENTANG DA'WAH DALAM SURAH AL-KAHFI18:27-31

Asslamuaikum Wr. Wb
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Allah SWT memberikan teguran kepada Nabi agar jangan mementingkan orang-orang terkemuka saja dalam berdakwah,
Sebagaimana dalam Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi (Gua) ayat 27-31

(وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ ۖ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَلَنْ تَجِدَ مِنْ دُونِهِمُلْتَحَدًا)
[Surat Al-Kahf 27]

(وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا)
[Surat Al-Kahf 28]

(وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا)
[Surat Al-Kahf 29]

(إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا)
[Surat Al-Kahf 30]

(أُولَٰئِكَ لَهُمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًا مِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ ۚ نِعْمَ الثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا)
[Surat Al-Kahf 31]

Yang Artinya :

27. Dan bacakanlah (Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. Dan engkau tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain kepada-Nya.

28. Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginan(hawa nafsu)nya[26] dan keadaannya sudah melewati batas.

29. Dan Katakanlah (Muhammad), "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; barang siapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman, dan barang siapa menghendaki (kafir) biarlah dia kafir.”Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka bagi orang zalim, yang gejolaknya mengepung mereka[32]. Jika mereka meminta minum, mereka akan diberi air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan wajah[33]. (Itulah) minuman yang paling buruk[34] dan tempat istirahat yang paling jelek.

30. Sungguh, mereka yang beriman dan beramal saleh, Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu.

31. Mereka itulah yang memperoleh surga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam surga itu) mereka diberi hiasan dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala, dan tempat istirahat yang indah;

Jadi intinya Allah mengarahkan Nabi untuk terus membacakan ayat-ayat Quran kepada manusia. Termasuk kepada Ahli Kitab. Mereka tidak puas hati kerana Nabi tidak memberikan peringatan seperti yang mereka inginkan. Mereka adalah satu bangsa yang suka peringatan yang terperinci. Peringatan itu semua tidak penting. Kalau ada peringatan yang tidak disebut oleh Allah, itu bermakna peringatan itu tidak penting untuk diketahui.Allah juga memerintah Nabi membacakan ayat-ayat Quran dan menyampaikannya kepada manusia.

Maknanya, dalam berdakwah, kita kena membacakan kepada manusia ayat-ayat Quran. Itulah cara dakwah yang sebenarnya. Semasa Nabi berdakwah dulu, baginda juga berdakwah dengan membacakan ayat Quran kepada manusia.Terdapat hikmah yang tinggi dalam ayat-ayat Quran yang dapat membuka hati manusia. Itulah yang kita kena ajarkan kepada manusia. Selepas mereka telah terima Quran, boleh kita teruskan dengan mengajar hadis kepada mereka. Hadis itu boleh dibacakan kepada mereka yang telah terima tauhid. Kalau mereka belum terima tauhid, mereka akan tanya macam-macam sampai kita sendiri susah nak jawap. Ini kerana hadis itu ada yang sahih, ada yang lemah dan ada yang palsu. Mereka akan timbulkan banyak persoalan-persoalan tentang hadis. Ini adalah kerana hati mereka belum menerima tauhid. Tapi tentang ayat-ayat Quran, tidak ada sesiapa yang berani mempersoalkan.Tidak ada sesiapapun yang boleh merubah kalimah-kalimahNya; bermaksud tidak ada sesiapa yang boleh mengubah ayat-ayat Quran. Mungkin ada yang hendak menambah maklumat-maklumat yang ada dalam Quran. Tapi tidak boleh langsung. Ayat itu juga hendak menempelak golongan Ahli Kitab yang telah mengubah kandungan kitab mereka. Allah mengingatkan kepada orang Islam pula supaya jangan mengubah ayat-ayat Quran.
Sebenarnya, kalau mereka hendak ubah pun, tidak boleh. Kerana Allah telah mengatakan dalam ayat ini dan ayat-ayat lain bahawa tidak ada sesiapa yang boleh ubah Quran. Allah akan menjaga kandungan Quran sampai bila-bila.Dan ia juga bermaksud kita tidak boleh mengubah segala keputusan Allah. Allah telah tetapkan sesuatu itu terjadi. Contohnya, kalau Allah dah tetapkan seseorang itu mati sebagai kafir, kita tidak boleh buat apa-apa pun. Kita kena terima bahawa Allah itu adalah Maha Adil. Jangan kita sekali-kali kata Allah tidak berlaku adil bila-bila masa pun.

Dan kamu tidak akan dapat selain dari Allah tempat berlindung; di Padang Mahsyar tidak ada tempat nak berlindung dari Allah. Bukan di akhirat sahaja, di dunia lagi tidak dapat lari dari ketentuan Allah.Perkataan مُلْتَحَدًا diambil dari perkataan لْحَدً (lahad) yang bermaksud suatu tempat yang longgar yang kita dapat bergerak di dalamnya. Allah nak kata bahawa di akhirat kelak tidak ada tempat keluar dah. Kita semua akan berada dalam peganganNya.Dan ada yang menafsirkan bahawa maksud ayat ini adalah: jikalau Nabi tidak membacakan ayat Quran kepada manusia, tidak ada tempat berlindung bagi Nabi Muhammad dari Allah Taala.

Sekian dulu dari saya sobat bloger..
semoga bisa d trima dengan bijak tulisan saya ni.
saya nak meminta maaf karena sedikit guna bahasa melayu.

Salam bloger

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Mengagumimu